Thursday, September 15, 2016

MENCARI AL KHOBAR BUATKU BERDEBAR


Assalammualaikum dan Salam Aidiladha. Entri kali ni nak bercerita pengalaman 4 hari di Al Khobar. Bila ada kawan-kawan yang tanya Al Khobar kat mana? Senang kata luar Riyadh. Sedangkan sebelum google image di atas, MG pun tak tahu rupa-rupanya Bahrain ni dah dekat dengan Qatar. (kwa kwa kwa..) Perjalanan dari Riyadh ke Al Khobar ambil masa 3-4 jam dengan menaiki kereta. Tapi jaga-jaga, ada speed trap!! Syukurrrr sangat-sangat dapat ikut Abang Shukor, kak Asmida sekeluarga dan tak lupa juga roommate kita kat sana, Kak Katherine. (hahah.. sengaja letak nama abang shukor dulu..geddit?? syukur shukor,. :p)


MC compound KAMC


Hari -1 
Kami gerak dari Riyadh pukul 9. Nampak panas tak dalam gambar di atas? Sebabnya memang panas sebenarnya walaupun baru pukul 9, sebabnya sekarang musim panas. Dulu sebelum datang sini macam pelik jer bila orang cerita Saudi ada musim panas dan musim sejuk. Bila datang sini baru faham. Cuma tak merasa lagi jer betapa sejuknya musim sejuk disini, sebab aritue datang sini dah hujung2 musim sejuk (hujung bulan 3). Tapi kan, Al Khobar cuaca rasa macam lebih kurang kat Malaysia, panas dan lembap.. sebab kat Riyadh panas dan kering. 

ODW sempat singgah breakfast nasi lemak bungkus.. legend weyh!! Lawak pun ada!! TQ chef.

Tibanya di Al Khobar, kami terus check in hotel apartment yang memang strategik, Sebabnya dekat jer dengan mall seperti Hyper Nesto, Centre Point, Hazzaz Alkhobar dan Al Rashid Mall. Yang seronoknya, MG jalan kaki jer pergi Hyper Nesto, Centre Point dan Hazzaz Alkhobar sebab betul2 depan hotel yang kitorang duduk iaitu Grand Plaza Hotel. Hotel ni baru lagi, not bad... besar dan selesa..Ada wifi, tv, aircond. 2 bedrooms (1 master bedroom dan 1 lagi ada 2 single beds) and 2 toilets. Kalau nak pergi ramai2 boleh tong2 okeh. Tapi semat di ingatan, kat sini, lelaki ja boleh drive okeh!! So, first check point lepas check in hotel, checkadout Al Rashid Mall. Sekali jumpa Dip&Dip daaa.. First time MG makan terus jatuh cinta.. hahah.. sedappp!!

MG try air lemon mint.. konon kasi potong itu cekelat.. perghhh masam!!
Dah isi perut senang hati, seterusnya jalan-jalan kat salah satu attraction yang ada di Alkhobar iaitu Corniche Alkhobar atau senang faham, pesisir pantai. Sebab time sampai Corniche dah hampir gelap, maka gambar2 phone MG suram2 jer, almaklumla gambar dari phone.

Image result
Gambar ihsan google.. sebab gambar i xder rupa ginie dekat.. 
Orang sini picnic tepi pantai malam2.. maybe sebab malam sejuk kot..
Tengok sebelah kiri yang kaler purple tue la Corniche nyer landmark..
Malam2 pun boleh lepak sebab lampu macam stadium..kan?
Sekali lagi .. Corniche landmark kaler purple.. dia tukar2 kaler sebenarnya..


Hari -2
Pagi2 dah breakfast di Al Madinah- Indian restaurant di Prince Muqrin Street (16 street) Alkhobar. MG makan dosa a.k.a tosai.. masyaallah.. sedapppp.. tengoklah sendiri rupa tosai dia dah macam roti tisu... tapi ini tosai crispy manyak sedappp.. aduhhh... terbayang2 sedap dia kat tekak den.. auuummm...

Dosa a.k.a tosai

Tengoklah saiz dia... bapak besar.. I tak larat nak habeskan..

Later, singgah Half Moon beach.

Malamnya plak, MG singgah Al Hazzaz, masyaallah berkenan kat talam depa cantik2 tapi mahal noksss.. hampir2 nak beli tapi dok pikiaq acaner nak bawa balik.. Last2 tak jadi beli..

Cantik kan??


Hari - 3
Singgah King Fahad Causeway bridge. Sorry, gambar MG pinjam google sebab lagi jelas dan senang nak explain betapa cantik warna laut kat tengah2 bridge ni. Memandangkan kami semua tak ada exit reentry visa, makanya tak bolehlah masuk Bahrain. So, lepak jer lah layan angin laut kat sini.. Cantik laut dia.. biru sebiru-birunya.

Image result
pinjam google sebab nak tunjuk laut biru cantik

Image result
So, macam dalam gambar, bridge tue menghubungkan Saudi & Bahrain

Image result
Hampir2 panjang jambatan ke-2 Pulau Pinang (15 miles)
Dah puas hati dapat tengok laut, barulah singgah Desert Design, salah satu attraction di Alkhobar. Sesuai untuk cari souvenirs dan barang2 hiasan rumah.. tapi surveylah betul2 sebab sesetengah barang boleh dapat di Riyadh jugak dengan harga yang sama... 

Image result
Pinjam google jugaklah.. DESERT DESIGN ALKHOBAR

Barang cantik2.. hampir2 nak beli lampu genie aladdin 
Cantik cawan2 dia tapi kaca 
See.. dia dah susun cantik2 macam kat rumah
Tingkat atas ada art gallery
Selesai di Desert Design, pulanglah kami ke hotel.. Semua dah penat, badan nak rest jugak lepas seharian berjalan.. Dan sebab malam raya, MG wechat call ke Malaysia bersembang dengan family tengah syiokk ja depa dok baham lemang yerrrr.. Tak perlah, kitorang sini belasah nasi arab + nasi ayam penyet + satay + tom yam jer.. hahah.. Seronok jugak mixed meal camni. Tapi sengkak perut kita makan banyak.. adudui..

Rezeki malam raya.. Alhamdulillah.


Hari - 4 (last day)
Breakfast di Madeleine, French Bakery & Brasserie sebelum bertolak balik ke Riyadh. Dapat jugak MG merasa makan ala2 di Paris gitue.. (1st time jugak.. kesian kat I.. hahah).. So, MG ordered Focaccia Tapenade, fuhh penat den mencarik apekemender la MG makan sebab sedap.. order atas recommendation sebab tue tak tau.. ngehee.. (^_^). Menurut kamus, focaccia ni sebenarnya large round flat italian bread.. Senang citer, nak macam pizza gak rupanya.. Erkk...Pada pendapat I la.. the most similar food yang MG mampu nak compare...

Focacia Tapenade
Sempat ajer kalau bab nak bergambarnyer.. kenangan oi..
Ginilah rupa cafe nyer..  Masuk2 dah rambang mata tengok kan?
Lebih dari 2 meter gak panjang kaunter dia.. haru biru otakku..
So nice, breakfast pagi raya ala2 paris walaupun kat Alkhobar gitue..
Well, maka berakhirlah 4 hari di Alkhobar yang buatku berdebar-debar menanti makanan2 enak ketika kelaparan. In conclusion, I enjoyed this short trip so much. It's better dari terperuk kat Riyadh yang tak semegah yang disangka.. OK darling, until next time, enjoy your raya.. Jangan makan daging banyak2 sampai tak ingat dunia okeh.. tadeluuu ~~

Sunday, June 19, 2016

TETIBA KERJA DI SAUDI?? ALKISAHNYA BEGINI...





Assalammualaikum, in the name of Allah, the most gracious and most merciful. How are you darlings, hope all of you are just doing fine, even better aite. Alhamdulillah if it is. For my update, I just pursued my dream last March. For uolls info, few years back, I could just wondering what it feels like to be working here in Saudi Arabia. Not just that, to the extend that I said to my mom "Ma, doakan nana dapat kerja kat Arab". Well, she did,and you know what!! Here I am in Riyadh currently working with the National Guards - King Abdulaziz Medical City Hospital. 

My lucky number
Once upon a time ago, to be exact it was on 9 August 2015, I went to one of the walk in interview by Firestar agency at PWTC. Listen to what other people said if you planned going to such interview, BE EARLY!!! NO JOKES MAN!!! I arrived at the venue 30 minutes earlier than the time of the interview and guessed what!! My lucky no is 118. "Aku rasa aku awai dah sampai ang tau dak, gigih dok redah jem pepagi. Padahal, dah ramai dok ready tunggu interview.. Buat research sebelum p interview, ang jangan dok taram ja pastu dok harap nak setel aritue. NO WAY MAN!!". 

TIPS!! THE MOST IMPORTANT!!
1. UPDATED CV to job applied
2. RELATED CERTIFICATES/ TRANSCRIPT/ VALID NURSING LICENCE/ LATEST APC
3. CORRECT PHOTOS 
(Background putih, size sila tanya tuan kedai untuk kerja Saudi)
4. ENGLISH TEST (STUDY!! STUDY!! STUDY) 
Datang sini pun ada english test agy! 
*Basic to intermediate level english test ..so jangan over confident and jangan careless*

(Pls refer to current ads requirement in case of any changes)

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


30 September 2015, I received an email from Firestar saying that my applicant is approved. Maka bermulalah episod preparation physically, mentally and segala barang keperluan ke sana. Which mostly I referred to some FB status here. Very2 helpful, dia pesan bawa kicap and cili sos.. silalah buat, kalau tak menyesal macam I. Kalau nak bawa bahan masak dari Malaysia, tupperware and hanger sini mahal, dia tak bergurau okeh. So, selagi muat beg, BAWA JERRR!!! Segala persiapan dokumen I serahkan pada agensi so prepare duit untuk bayar agensi jer (RM1500). 

PREPARATION!!
1. DOCUMENTS 
  • Passport tak expired (I renew RM200 for 3 years before gov buka offer boleh renew 5 years..I RUGI OKEH!! haish)
  • VISA by hospital ( proceed after med check up completed)
  • UM Testimonial/ Surat pengesahan perkhidmatan (Minta ngan bos and HR)
  • Translated & verification of documents (For Saudi council) (agensi yang buatkan)
  • Resignation letter (buatlah sendiri)

*Tolong check translated document supaya urusan apply Saudi Council anda tak tersangkut di kemudian hari, Make sure everything is translated especially the word 'DIPLOMA KEJURURAWATAN' atau 'IJAZAH KEJURURAWATAN' especially institusi yang mengeluarkan sijil dalam bahasa Malaysia sahaja!!*

2. MEDICAL CHECKUP (less than RM1000)
  • Only at suggested panel sahaja. Other than that, is NOT RECOGNISED BY SAUDI EMBASSY!! Ada faham?? Fasting and buat appointment untuk memudahkan urusan medical check up OK!

3. SAUDI AIRLINES
  • Boleh bawa 2 luggage (23Kg max each)
  • 1 Hand carry max 7 Kg
4. MONEY CHANGER
  • I suggest tukar kat Mid Valley. Last time I convert RM1000 sahaja and ingatkan nak tukar kat sini ja kalau perlu. Unfortunately, sampai sekarang pun tak tahu kat mana money changer and the most important thing is tak perlu pun sebab hospital dah bagi advance gaji. Maka, ambil tau bila gaji korang akan masuk so that boleh bajet duit belanja before gaji 1st masuk. BE SMART!! JANGAN BOROS!!
  • Sila bajet duit untuk bayar BLS: SAR75/ SAUDI COUNCIL registration fees SAR840/ temporary SC SAR100. *Mungkin ada perubahan, So check harga latest k!*
5. INTERNATIONAL ROAMING
  • Untuk contact family bila dah sampai sini, I tak bernasib baik tak dapat contact family. Tak pasti salah setting or what happened tapi Umobile I tak boleh pakai langsung. Syukurlah ada housemate yang pinjamkan wifi dia. Kalau tak dah mati katak kat sini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat sampai sini, Alhamdulillah dah selesai General orientation 3 hari maka bersambunglah Nursing orientation selama 2 minggu and then barulah department orientation bersama Nurse manager and mostly by Clinical Resource Nurse (CRN). Kalau cerita satu-satu akan jadi panjang berjela-jela so Yana list down jer so that roughly ada idea apa yang bakal korang hadapi time General orientation, Nursing orientation and department orientation. kalau ada rezeki bertemu kita kat sini kan.. 

GENERAL ORIENTATION

1. ID Badge
2. Cash advance
3. Temporary iqama
4. English test (Tarikh test akan diberitahu time Gen orientation)
5. Bank account application (isi form ja, kena g bank sendiri untuk buka account, sila pergi main branch untuk urusan yang lebih lancar.. saya ulang SILA PERGI MAIN BRANCH!! tak ada bank account, gaji dapat cek sahaja!! tue pun kalau dapat.. INI SERIUS.. tak ada gaji merana okayh!!) dah hantar application, Follow up lah selalu account dah siap ker belum. Sini unlike Malaysia.. Your account will not be ready on the same day.. Ada paham???
6. *Time nie lah korang kena curi2 masa buat simcard Saudi guna temporary iqama and belilah unlimited access internet untuk 3 bulan.. barulah BERBALOI!! Rasa macam mahal time nak beli kan tapi bare in mind ini untuk 3 bulan = SAR300 and modem punya harga depends atas model apa yang korang beli. So bajet SAR250 keatas* FYI simcard call and internet adalah berasingan!! Ada yang skali tapi charges internet mahal. So, I personally pun off mobile data and pakai wifi jer.
7. SAUDI COUNCIL PREPARATION
  • Bila semua docments untuk Saudi council dah complete barulah submit dekat person in charge Saudi council
  • Note that kalau ada hajat nak balik home country dalam masa terdekat, rajin2lah follow up progress Saudi council sebab bila dah ada Saudi council walaupun temporary barulah HR passport akan proses Permanent Iqama. Dah dapat permanent iqama barulah proses Exit reentry VISA. Kalau tak ada, harap sedia maklum bahawa semuanya PENDING!!!  saya ulang - PENDING!!!
  • Sejujurnya bila semua PENDING.. nescaya otak I pun PENDING buat sementara waktu... Rasa DOWN sekejap. Rasa PENAT... Rasa STRESS.. Rasa MENTAL... Segala rasa semua ada..Ini semua sebab homesick punya pasal.. *Tak pernah2 homesick duduk hostel dulu kat sini ley homesick.. kau rasa??*
Saudi council complete semua documents required baru boleh submit


NURSING ORIENTATION
  1. Drug calculation test
  2. Pre-Employment Clinic
DEPARTMENT ORIENTATION
  1. Skills validation (Depends on CRN set date)
  2. Competencies (Depends on CRN and staff available time)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesailah orientation semua2 ni... So, masih ada lagi courses yang staff kena attend as booked by CRN.. Any changes or info will be updated by CRN either verbally or through emails. So keep urself updated okay.. So antara courses that I have attended are:-

  1. BLS
  2. Basic Medication Safety
  3. Best Care System
  4. ICCA
  5. Basic ECG course

Cathlab team - Post ECG course

Planned training that is not yet attended
  1. Moderate Sedation course
*Mungkin lain2 department ada yang lain okay! Ni yang I kena attend*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, soklan yang myfrens selalu tanya:-

Q: OK tak kerja??
A: OK jer.. Awal2 jer la kau rasa banyak benda kena belajar sebab follow protocol sini.

Q: OK tak gaji??
A: Errrmm.. yang ni korang kena find out berapa yg hospital offers sebab every intake mungkin tak sama... dari segi elaun.. mungkin!!

Q: Kena marah ker tak??
A: Hahah.. kat mana2 kerja pun mesti ada kena marah punya. Tapi OK jer. Dah pandai nanti OK la.

Q: Senior OK tak??
A: Yunk oi, dak cathlab sini majoriti orang Malaysia.. Jangan risau OK. Datang jer.. kalau tempat lain or department lain.. i dunno.. it's depend.

Q: English test susah tak?
A: Basic to intermediate level. Study sket grammar. Listening dengar betol2 sebab jawapan dia tricky sket. 

Q:Raya balik tak??
A: Dalam usaha.. So far, good progress.. Insyaallah balik... Doa2kanlah..

Q: Plan nk stay sini berapa lama??
A: Wallahualam.. Cer tanya balik tahun depan.. hahah..

Q: Apa beza cathlab sini??
A: Sini ada 4 cathlab, 1 untuk paeds, 2 untuk EP, 3 and 4 untuk adult. Style scrub tak ley nak elaborate sebab tak masuk cathlab agy. Tapi memang mana2 pun atas Cardiologist punya style jugak kan...

Q: Speaking ker bila kerja??
A: Me?? Mostly tak sebab majoriti Malaysian tapi kalau rajin speaking jer la sbb ada yang offended bila kita asyik cakap bahasa Melayu and diorang tak paham. 

Q: Pergi umrah tak??
A: Ngehee... plan dah,, tapi tak pergi lagi,,dak nakal kena insap2 dulu... sabaq na..

Q: Det sana beza tak ngn det Malaysia?
A: Apa kata tanya pak cik google sebab tiap ari dok p kerja spital bukan p money changer.. hahah. Adala beza sket tp xtau exact current currency berapa..

Q: Iqama tue apa??
A: Macam IC kat sini la..

Q: Stress tak dok sini???
A: Awai2 aritue stress noks.. mental down kejap.. Kalau kau stress kau buka purse, Insyaallah OK. 

Q: Temporary Iqama?? 
A: YES TEMPORARY!! Sakit jiwa an nak menghadap benda alah temporary ni sebab gigih nk kena pergi renew. Temporary Iqama valid 3 months from the date of issued. Usahakan untuk complete and submit Saudi Council. Bila dah dapat temporary or permanent Saudi council baru bley dapatkan Permanent Iqama. 

Q: Temporary bank account?? 
A: hahah.. temporary jugak bank account.. Dah dapat permanent iqama baru ley request untuk permanent bank account..

Q: Simcard phone pun kena register balik bila dah dapat permanent iqama??
A: Yup.. kena!! Kan dah cakap iqama tue dah macam IC kat sini... hahah..

Q: Permanent Iqama kena renew gak ker??
A: Haah, tiap tahun ker camna ntah.. Tak ingat lak..

Q: Saudi Council pun kena renew kan?
A: Haah.. pandai pun.. every 3 years.

Anything else nak tanya agy???









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...