Thursday, June 30, 2011

Perempuan & perkahwinan !!



Budak perempuan memang suka main anak patung, masak-masak & kahwin-kahwin. Sifat semula jadi keibuan & naluri untuk berkahwin & mempunyai anak sememangnya ada. Comelkan bila tengok budak perempuan main anak patung, kononnya macam anak sendiri. Mandikan anak patung, pakaikan baju cantik-cantik, sikat rambut kemas-kemas & suap makan & minum olok-olok.

Nana dulu selalu jahit baju untuk anak patung, suka sangat sebab ada banyak baju boleh tukar. Pernah sekali xnak ikut tok pergi kenduri sebab nak jahit baju anak patung sampai siap. Tapi mama pujuk suruh ikut & mama tolong jahit bagi siap. Bila balik dari kenduri, baju anak patung mama dah siap jahit. Suka sangat sebab mama jahit lagi kemas. Kalau compare sangatlah beza, tapi bila tengok mama jahit cantik rasa semangat lepas tue nak jahit cantik-cantik macam mama buat. Hehe.. lama jugaklah semangat tue.. memang kain lebih-lebih buat baju kurung akan jadi mangsa untuk buat baju baru anak patung. Siap tukar-tukar kain dengan member-member lagi..

Bila dah semakin dewasa, setiap perempuan akan ada keinginan untuk berkahwin. & semestinya tajuk HOT bila jumpa member-member mestilah pasal nak kahwin, nak anak, pasal lelaki & lain-lain wajib dibincangkan. One way of updating each other lah kan. Time tue dialog-dialog seperti "eh, ampa tau x, si polan-si polan dah kahwin" & "ye ker, bila?" or "weyh, nak kahwin... waaaa!!!" & "nak kawen gak..." or "best err ada baby" & "haaa... weyh, t kita p tengok anak si polan- si polan".... ahaaa... begitulah mungkinnya dialog samada di kota raya ataupun di pelusuk kampung..

Tapi, dalam memikirkan detik-detik bahagia dah tentunya detik-detik tak bahagia pun ader.. macam iklan di TV3... Saat tengah layannnn baik jer cerita ker drama ker... jeng3, iklan jua menjelma... Realitinya perkahwinan tidak semestinya menjanjikan kebahagian, kemewahan atau kesempurnaan hidup.

Isunya, adakah perempuan-perempuan yang ingin berkahwin sudah bersedia?
checklistnya....dari segi
  • pengetahuan agama
  • benar-benar cinta
  • bersedia mental, emosi & spiritual
  • kewangan [bukan lelaki jer, perempuan pun kena ada back up]



[forgot to copy source]


[image taken from http://seimweddings.com]


p/s: tengok gambar kahwin pun boleh rasa excited... (^_~)v

9 comments:

fyna said...

hehe...suke maen patung-patung?
same macam fyna gak dulu.
nih yang teringin nak kawen cepat-capet nih.



jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
:)

Siti Zulaiha said...

dah sampai seru ke kak nana????

phoged (dk4me) said...

fyna:haaa... kawen cpt.. jemput2lah nnt.. ngeheee~~

ct zulaiha: seru da smpai kot..
tpi persediaan x ckp lgi ni~~
hehe

Faraa Eiman's said...

aishh*
tbe2 rse na kawen cepat jep laks
kahkha ;p

myra abdullah said...

betul-betul tuh.
semua girls nk kawen..
but..
the reality,tidak semua perkahwinan menjanjikan kebahagian..

phoged (dk4me) said...

faraa: hehe.. rasa xcited tgk gmbr kawen lerrrtewww~~~

myra: tp kebahagiaan 2 kna sama2lah carinya~

dannyism said...

jadi, anda bilakah?? =P

phoged (dk4me) said...

after u la bonda..
mner bley langkah bendul.. ngee

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...