Monday, February 6, 2012

Isu kahwin lari


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Malam ini MG rajin mahu kupas isu kahwin lari sebab MG terfikir nak kahwin lari dengan syarat bakal suami kena bagi MG kereta Evo dan rumah yang ader tempat parking untuk Evo. Hahah... Cool x? Kahwin lari kan sep det. My fren belanja untuk tunang RM1500++ then kahwin lak abes cikai pun dalam RM15,000++.. So, klo kahwin lari,x payah spend untuk semua tue..tapi kena kahwin lari dengan syarat ada keta ada rumah.. (^_^) Bunyi cam lagi best kawen lari jer kan?
Anyway, kalau kahwin lari antara yang mungkin terjadi ialah

-Menghilangkan hak wali
Yang nie sudah semestinya, dah nama kahwin lari. Mana mungkinlah nak seret wali sekali kan. Maka, hilanglah hak wali di situ.

-Mengeruhkan hubungan kekeluargaan
Hubungan kekeluargaan dikatakan retak bila masing-masing menuding jari mencari kesalahan. Bila dah kahwin lari, kalau ada yang tak setuju. A tunjuk B, B tunjuk C, C tunjuk A, B tunjuk A.. Haaa! Amek kaw penin jer fikir.. Kesimpulannya, pasti ada yang ngak enak lah kan.

-Pernikahan diragui
Dek kerana peraturan dan undang-undang untuk berkahwin di negara jiran yang longgar. Tambahan lagi, di Malaysia pun ada sindiket pernikahan di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Kelantan dan lain-lain. Apa yang tak best tentang sindiket pernikahan ni ialah, halal haram dia belakang kira, janji dia dapat bayaran.Maka, munkin terjadilah isteri bersuami dua, menantu kahwin mertua atau isteri yang dikahwini masih dalam edah. Dalam erti kata lain, menghalalkan yang haram.

-Tiada bayaran dan hadiah yang membebankan
Kalau dah kawen lari, xda hantaran lah... Tak perlu fikir nak balas sama ker atau nak balas lebih sebab ikut adat kononnya.. haaaa... gitulah gayanya, x dapatlah hantaran jawabnya.

-Tiada pengiktirafan perkahwinan
tak diiktiraf atau didaftarkan kecuali kes khas yang perlukan sokongan tandatangan mufti atau Ketua hakim syariah negeri. Selain tue, kalaulah menginap di hotel dan kena tangkap.. Tak ada bukti perkahwinan then kena dakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat. Problem tue..

-Anak-anak jadi mangsa keadaan
Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan jadi mangsa bila segala rutin yang perlukan dokumen sah tak dapat dibuat..Anak-anak tak boleh bin binti nama ayah sebab tak ikut prosedur undang-undang. Then, kalau isteri mengandung, boleh didakwa mengandung anak luar nikah mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

-Suami tak berlaku adil
Dalam hak giliran bermalam, tak bagi nafkah pada anak isteri. Kalau dapat pula suami yang tak daftarkan perkahwinan, hak isteri dan anak mungkin akan terabai. Dalam kes tertentu seperti jika suami hilangkan diri, susah untuk ambil tindakan mahkamah seperti menuntut cerai.. Isteri tidak boleh tuntut hak seperti mutaah, nafkah edah dan nafkah anak. Haaa, kan dah susah balik..

So, bila dah cari maklumat pasal kahwin lari ni kan, ternampak lah satu insan ni yang tawarkan khidmat nikah kahwin Majlis Agama Islam Narathiwat yang ambil masa sejam sahaja dengan sijil kahwin yang sah dan diperakui di Malaysia, Singapura dan Brunei. Pakej dia pernikahan, pengangkutan, dokumen perjalanan, bayaran saksi dan makan minum total RM 1500 dan boleh nego lagi katanya..Just bawa passport, maskahwin dan wang saku. Then, dah kahwin pun kat sana, kalau nak terus honeymoon kat sana pun boleh. Hahah kelakar... xtau lah boleh percaya ker x... bley refer sini and gelak guling-guling kalau x percaya.. then, ada jugak yang suggest kat Songkhla sebab ada konsulat Malaysia yang boleh keluarkan surat pengesahan..

Tapi, ada juga sumber mengatakan kahwin lari menyalahi undang-undang dan boleh didenda atau dipenjara.. Benarkah??

So, setelah ditimbang tara, berbaloikah dapat evo, dapat rumah tapi anak-anak jadi mangsa? atau yang paling penting, diri sendiri jadi mangsa? Sangatlah tidak... maka terbatallah niat MG untuk kahwin lari..Sekian~~


--->

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...