Monday, June 18, 2012

Edisi lari-lari kat Golok!!!

Haloo readers, ini cerita my first time to Golok. Orang kawen lari kat Golok..MG pergi lari-lari kat Golok.. Dude, rugi rasa tak bawa duit banyak time pergi sana aritue..Tak dapat nak bawa balik baju cun-cun edisi Golok mari... T_T..

I always love pergi jalan-jalan, so this time a friend brought me to Golok.. Dari naik kereta, motor sampailah naik bot.. pengalaman itu penting yer anak-anak!! Bak kata orang tua-tua "Tuntut ilmu biar sampai ke negeri China".. tapi tulah, China pun tak pijak kaki lagi... 

Bila sampai kat sempadan, park kereta dulu sementara tunggu pak cik motor datang jemput.. Sementara tunggu tue, dapat can tengok pak cik bagi bottle feed kat kambing.. Alaaa... camna nak describe kat korang yang kambing tue memang cute ea... Tapi memanglah lepas tengok kambing ni rasa nak bela kambing plak sebab sebelum ni rasa nak bela arnab.. (Mana r tau 10 tahun akan datang MG ada zoo nak bela semua menatang nih...Hohoho... nak support ka?? 100 ribu sorang cukup aih..)


-Kambing comel minum susu dalam botol-

Tadaa... gemok dan sihat kan kambing nih.. Sangat..sangat..sangat manja.. tapi pak cik ni pun memang baik kot, sebab tengok situ kucing-kucing pun manja dengan dia.. lepas bottle feed siap melawak-lawak agy kambing ni... tapi sorryla, MG tak sempat nak snap... 

Lepas 1/2 jam tunggu datanglah pak cik motor membawa kami melepasi sempadan sebelum naik bot tambang RM1 ke seberang yang tak berapa jauh.. Hurmmmm .. lebih kurang 5 ekor kangkang kera jauhnya.. Dah sampai kat seberang naik motor lagi nak pergi destinasi.. Ohoho, barula MG tau.. sini kebanyakan orang memang naik motor and motor ni dah macam teksi kat sana... bukan takat naik 2 orang..naik 3 orang pun slumber ja...
Seronoklah tengok tempat orang ni... walaupun orang berpakaian askar sana sini and tempat tue macam tempat tinggalan ja sebab banyak kedai tutup bila hari dah mula gelap...Still, it's a good experience to be there..


3 comments:

Anonymous said...

kenapa lah ko sanggup buang tudung semata2 demi modelling. huhu.. aku sbg kwn sgt kecewa dgn tindakan ko...

JIJI YU said...

som molek kalu mu pero kambing..ahaha..ado bakat la..

Arryana Nasution said...

JIJI YU: hahah...
pelihara kambing pun kena ad bakat ker??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...