Wednesday, June 20, 2012

Sepagi di Cure & Care (C&C) Clinic 1 Malaysia Kota Bharu.


-Arnab peliharaan & landskap di C&C clinic-

Assalammualaikum dan salam ukhuwah dari MG yang tak exam-exam lagi. Untunglah orang yang dah habis exam tue kan...(Jeles sero). Nasib baik last paper last final. Dah tak sabar rasa nak grad and lompat-lompat sambil jerit "Yeayyyy ... dah grad".. Dah grad boleh kerja, Dah kerja bolah kawen, dah kawen boleh dapat baby comel... (Angan-angan masa depan kadang-kadang perlu jugak yer kawan-kawan~)

So, lepas habis posting my batch kena pergi melawat 4 tempat untuk fulfil buku log antaranya Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Rumah Sri Kenangan, PUSAKAS (Pusat Asuhan Harian Kanak-Kanak Spastik) & C&C clinic. Fisrt impression MG sebelum jejak kaki di C&C clinic, mesti bosan gila melawat sini tapi apa yang jadi sebaliknya. Gila menariklah.. paling menarik antara semua lawatan kot. First kami dibawa melawat C&C clinic dimana klien akan datang untuk dapatkan rawatan methadone. For the first time dapat tengok pharmacist dispensing methadone untuk klien daripada botol besar ke dalam cup. Syringe yang digunakan special sket.. lebih kurang macam gambar dibawah..

-Gambar ini google, aritue tak snap sebab kusyuk tengok..hihi-

Apa yang menarik ialah kenapa methadone ni diberi dalam bentuk sirap?? So, penerangan yang diberi pada kami ialah sebabnya untuk elakkan penyalahgunaan methadone. Methadone dalam bentuk sirap ada kandungan gula yang tinggi kalau dibakar akan hangus macam air gula. Maka, klien-klien yang guna methadone tak boleh nak salahgunakan bekalan methadone yang diberi untuk dibawa balik ke rumah.

And later, kami diberi taklimat tentang klinik C&C. Selepas taklimat kami dibawa ke dewan yang lain untuk slot persembahan raja lawak dari klien-klien C&C clinic. Persembahan diorang agak menarik, cuma unsur lucah tue tak berapa nak gemar sangatlah. (Segan rasa~). Selepas persembahan kami dihidangkan dengan bihun goreng & keropok, and the best part is sambal dia sangat-sangat sedap. Alaaaa... kecur air liur bila teringat balik sambal dia. 

Selepas makan, kami dibawa melawat sekitar C&C clinic... Landskap dia memang cantik.. dijaga kemas dan baik ..cuma dari segi prasarana agak kurang, tuepun maybe sebab bangunan-bangunan kat situ adalah bangunan lama. Selain tue ada jugak, haiwan-haiwan yang dibela di situ seperti arnab, ayam belanda, burung,  burung puyuh dlln. Ada jugak tapak bercucuk tanam antaranya sawi dan bendi.

-Antara yang menarik perhatian MG-

-Ada kolam ikan lagi-

Melawat-melawat jugak, tapi kalau nampak pokok mangga rimbun dengan buah, tak tahan daulat juga jadinya. Nak cakap kitorang muka tak malu pun boleh jugaklah bila masuk bab mangga nie.. Maka, staf situ dengan baik hatinya bagi kami satu plastik mangga semalam..  Ya Allah, murah rezeki... Alhamdulillah..

-Buah tangan dari C&C clinic-

-Aktiviti petang kami!!-

Maka berakhirlah sesi lawatan kami untuk sem ini. Minggu depan ada 2 paper final. So, doakan kejayaan MG yer..Wsalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...