Monday, October 15, 2012

Mati dipukul gara-gara terjatuh..

-Mati dipukul gara-gara terjatuh-

15 OKTOBER 2012- Seekor cicak sepanjang melebihi sebatang pen dilaporkan telah mati dipukul gara-gara terjatuh di atas kepala seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan R. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada jam 12 lebih hari ini semasa Puan R membersihkan kawasan belakang rumah bapanya bersama adiknya. Cicak tersebut yang terjatuh di atas kepala Puan R menyebabkan keadaan sedikit huru-hara dengan jeritan mereka adik-beradik yang akhirnya berakhir dengan tragedi setelah cicak itu mati dipukul. Hal ini disahkan sebagai tindakan mempertahankan diri daripada cicak besar yang berbadan dan berkaki sejuk ini yang muncul entah dari mana secara tiba-tiba. Puan R mengalami sedikit trauma akibat daripada kejadian berikut dan menyarankan adiknya agar lebih berhati-hati dalam proses mengemas rumah bapanya agar tragedi oktober ini tidak berulang sekali lagi. 

2 comments:

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Arryana Nasution said...

makaseh..dah terjah dah.. (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...