Tuesday, November 20, 2012

Sekurangnya kita cuba kan??


Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang... 
Assalammualaikum w.b.t. Apa khabar semua?? Sihat ker?? 

Bagi yang mengikuti perkembangan Israel dan Palestin pasti tak putus-putus menyaksikan kekejaman rejim Zionis kan?? Saudara Islam kita di sana insyaallah telah mati syahid.... Semoga roh mereka dicucuri rahmat..Ketika ini, sebahagian mereka telah hilang orang-orang yang mereka sayang. Masyaallah, semoga mereka bersabar di atas kehilangan yang mereka hadapi. 


Yerrr... sememangnya susah merasakan kehilangan orang-orang yang kita sayang biarpun mereka temui ajal dalam keadaan sempurna ataupun bercerai jasad. Sejauh mana kita dengan kudrat manusia mampu melihat kejadian sebegitu rupa di depan mata?? Orang accident pun kita dah rasa ngeri, inikan pula yang kena tembak?? yang kena bom?? Dalam keadaan biasa pun sudah terasa payah dan pilu nak uruskan jenazah orang yang kita sayang, inikan pula ketika keadaan darurat seperti mereka?? 

-Bersabarlah duhai ayah-


Kadang-kadang jiwa kita sukar mengerti kesengsaraan orang lain, tapi jangan biar sampai buta mata dan buta hati... Kadang-kadang jiwa kita ni sensitifnyer tak bertempat juga... Disaat kita seharusnya bersatu sesama kita tapi kita jadikan laman sosial sebagai medium bertegang urat.. 

MG jugak tak lari daripada kesilapan, bila kadang-kadang kita bertindak tanpa ambil kira isu-isu semasa... Bila ditegur, bukan masanya untuknya berbalas hujah ataupun mencari salah orang. Belajar untuk ucapkan terima kasih atas pendapat orang lain. Dalam isu salah kita diperbetulkan, mungkin hari ini kita tak merasakan mahu berubah, tak perlulah melenting ... Orang yang menegur sedang membebaskan diri mereka daripada tanggungjawab mereka selaku saudara kita... Semoga di akhirat kelak mereka tidak dipersoalkan lagi di atas kekhilafan kita.. Insyaallah di saat kita diberikan hidayah suatu hari nanti, pasti akan terkenangkan  mereka-mereka yang cuba selamatkan kita dikala kita menuju ke arah kegelapan..

- Si burung kecil pun ada usaha -

Bila difikirkan apa yang sebenarnya kita mampu sumbangkan selain daripada tenaga dan wang ringgit?? Memanglah tak banyak tapi sekurangnya kita boleh cuba kan??




Yerrr...memang banyak barang yang menyumbang kepada dana yahudi dan MG sendiri mula mencari alternatif lain bagi menggantikan barang-barang ini. Isu hebat orang sibuk berdebat sekarang tentang boikot McD.. Me myself was always a fan of Mcflurry, Mcshaker dan double cheese burger.. Nampaknya, kenalah cari kedai-kedai makan lain yang cepat dan sedap... After all, kena lawan nafsu jer bukan lawan Zionis.. Semoga dapat tahan jugak nafsu dengan McD ni..  


Maggi pulak memang sumpahan untuk budak-budak yang duduk asrama lah kan.. Lapar jer maggi..lapar jer maggi.. Senang, cepat, murah.. modal maggi ngn air panas jer dah bley makan..Tapi sekarang kan dah banyak mee segera selain maggi, pergi beli yang lain yer sayang-sayang...  kita boikot 'maggi'!!!

Tengok senarai barang nak kena boikot pun dah rasa serabut perut kan?? Banyak rupanya produk-produk yang menyumbang kepada Israel. Dan kita?? Tolong menyumbang dah terlalu lama kan?? Mungkin sebab tue jugak ramai yang susah nak cuba boikot barangan Israel!! Makanya, marilah kita cuba boikot slow-slow agar kita terbiasakan diri boikot barang mereka.. Sekurang-kurangnya kita cuba kan??


7 comments:

Aniq Bukhary said...

Lets pray for Gaza!

Arryana Nasution said...

Lets do it!!

MissUnknown said...

Pray for our sister and brother in Gaza. Peace for them. :D

Arryana Nasution said...

Syukran...syukran...
Lets support 'boikot israel'

Arryana Nasution said...
This comment has been removed by the author.
ketikketok said...

tercapaikah impian anda? kini idaman anda bukan lagi impian
hanya di MARDI Station CH

zulhilmi tempoyak said...

save gaza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...