Saturday, February 9, 2013

"Nasi Lauk 2" - Kisah cinta dua insan berlainan bangsa




Assalammualaikum dan salam ceria sayang-sayang..
Rentetan daripada Nasi Lauk 1 yang MG pernah bawakan sebelum ini, kali ini MG bawakan Nasi Lauk 2 untuk tatapan semua.. Semoga anda semua terhibur yer...

Nasi Lauk 2 telah diberikan nafas baru mengisahkan kisah cinta pemuda cina dan gadis melayu. Heronya kacak, heroinnya cantik dan ayah heroin pula kelakar. Perkembangan jalan cerita menceritakan tentang Nasi Lauk yang terdapat di Kelantan dimana pemuda cina ini mula jatuh hati dengan Nasi Lauk dan juga gadis melayu tersebut. Pemuda cina yang hilang ingatan tinggal bersama gadis melayu dan bapanya sehinggalah suatu hari apabila ingatannya telah kembali...




Peleraian jalan cerita juga memaparkan pemuda cina ini telah kembali semula ke Kelantan mencari cinta hatinya dulu.. Cukup menarik??? Klik video dan layan sendiri yer sayang...


Walaupun MG tak berkesempatan jadi sebahagian keluarga Nasi Lauk 2, tetapi hasil video ini dah cukup buat MG happy. Setinggi tahniah buat Sean Tye Jyh Siang dan seluruh keluarga produksi Nasi Lauk 2 yang berjaya menghasilkan sebuah video yang cukup memberi kesan kepada penonton..



Last but not least, MG wish you a Prosperous and Happy Chinese New Year!!!

Bye..bye..


4 comments:

阿虎 said...

Terimo Kasih....i am Sean here...

Arryana Nasution said...

Your most welcome Sean~

muhammad rifaah said...

hebat,ish x tahu ni, eh kemana, kelaut, ulasan serabut. sorry

Arryana Nasution said...

x paham ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...